Tahun baru, diari baru..
Feb 25, 2012| 0 bercakap♡
Hi and assalamualaikum awak :)Lawa tak blog aku? Lawa kan? Tak lawa memang nak kena cepuk! Haha penat tau dari pukul 12.00am sehingga 4.33am dah aku edit ni. Takpa demi blog kesayangan aku ni apa pun boleh~ K aku rasa malas nak delete post lama semua tu, watlek pedulikan yea blogku sayang? Hmmmm, actually aku nak luah masalah ni. Aku takboleh tahan lama lama, nanti aku jugak yang sakit :(
Awak, baca tak post bawah ni? Time tu aku sihat je kan? Suka makan banyakbanyak sampai gemuk buncit macam Patrick Star comel gitu. Tapi sekarang? Hmmmm.. Aku tak cakap yang aku tak lalu makan, aku cuma kurang makan macam dulu aku selalu makan :/ Aku pun taktahu kenapa...
Nak tahu tak? Aku dah break dengan Ejat. Lama dah break.. Aku malas nak fikir pasal tu. And guess what? Orang yang aku minat sejak form 1, jadi boyfriend aku. Macam tak percaya kan? Yeah aku tahu.. Sebab aku pun masih belum percaya yang ini realiti. Dia memang benar benar boyfriend aku.. Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu kerana telah membahagiakan hidup hambaMu ini.. Alhamdulillah, baru aku tahu yang setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.. Aku harap sangat hatiku terbuka untuk menutup aurat sepenuhnya. Insya'allah suatu hari nanti :')
Oh, si dia yang aku cakapkan tadi itu bernama Aduqa bin Abdul Wahab.. Aku mengaku yang memang aku minat dia sejak dari dulu.. Tak dinafikan rupa dia tampan, tambahan pulak sifat lemah lembut dia, membuatkan aku rasa tenang.. Aku tak sangka boleh jadi macam ni. Jujur cakap, aku takpernah terfikir pun yang dia akan sukakan aku balik. Aku tahu memang ramai perempuan kat luar yang comel, baik, lemah lembut, boleh jaga dia dengan baik.. Tapi aku? Aku tak yakin semua sifat itu ada pada diri aku.. Aku cuma teringin untuk berkawan dengan orang sepertinya.. Tapi dengan berkat Allah, aku dapat juga berkenalan lebih rapat dengan si dia. Ya Allah, aku rasa macam bermimpi je sekarang ni! Aku harap sangat, yang inilah jodohku. Inilah peneman hidupku buat selamanya. Inilah insan yang akan bersamaku sehingga ke akhir hayat.
Jika dia bukanlah jodohku seperti yang telah ditetapkan oleh Allah, aku tak kisah. Malah aku redha dengan ketentuanNya. Tetapi jikalau dia jodohku, aku akan terima seadanya. Eceh baru aku perasan yang ayat aku ni jiwang betul. Takpe, luahkan perasaan dekat diari... Bukan ada orang boleh baca pun :p
Harini dah masuk empat hari kitorang couple tapi berbagai halangan dah muncul. Aku pun taktahu kenapa ramai sangat yang cuba rosakkan kebahagiaan aku. Aku nak happy lah weh. Ada yang buat fitnah, ada pulak yang kutuk belah belakang aku. Tapi aku tak kisah.. Kata lah apapun yang korang nak kata, janji aku tahu apa yang benar apa yang salah. Lagi korang mengutuk, lagi bertambah rasa cinta kami berdua. Biar kami dua je tahu apa yang berlaku. K aku beruntung sebab dapat miliki insan seperti dia. Dia sayangi aku seadanya. Dia buat aku bahagia sepanjang masa eventhough aku sedih. Aku mengaku, aku masih sedih. Luka di hati aku ni masih belum pulih sepenuhnya.. Aku perlukan masa untuk bahagia seperti dulu balik. Dengan dia ada di sisi aku, aku yakin aku dapat bahagia suatu hari nanti :')
Best kan lagu blog? Semua pun lagu touching touching. Hati aku masih tak tenang. Aku perlukan dia sekarang ni... Aku dapat tahu yang ex girlfriend dia baru single. Aku jealous. Aku takut. Aku taknak dia tinggalkan aku. Yea dia memang ada janji takkan tinggalkan aku, tapi aku tak yakin semua tu.. Apabila perasaan cinta sudah hilang, lelaki dengan senang hati akan tinggalkan perempuan dan cari orang lain. Aku tahu sebab aku pernah rasa benda tu. Betapa pedihnya rasa hati ketika itu biar aku je tahu.. Aku taknak perkara itu berlaku sekali lagi.. Tapi aku rasa, dia tak mungkin buat begitu kat aku.. Sebab cara dia pandang aku, cara dia senyum tengok aku, aku dapat rasa keikhlasan di hatinya.. Aku berasa tenang berada dengannya. Segala masalah dalam fikiran aku hilang serta merta apabila aku bersamanya.. Ye aku masih budak yang tak kenal erti cinta di pandangan orang dewasa. Yang aku tahu cinta itu memang indah :') K banyaknya aku type. Haa aku nak tidur ni. Kejap lagi si dia text, aku tak tidur mesti dia marah :> Okay bye :*
Aku belum post haha. Semalam tertidur so tak sempat :( Ok aku rindu budak comel tu kbye.




Tahun baru, diari baru..