Ze Diary ϟ

Do you really care?
Oct 31, 2011| 0 bercakap♡

Kalaulah suatu hari nanti aku kena penyakit yang tak dapat disembuhkan lagi, adakah korang akan melawat aku, sebelum aku meninggal dunia?

Kalaulah suatu hari aku tak dapat lagi berjalan, adakah korang akan papahkan aku?

Kalaulah suatu hari aku terpaksa menghadapi sebarang pembedahan, adakah korang akan berada di sisi aku, temani aku, support aku?

Kalaulah suatu hari nanti aku dah nazak, adakah korang akan datang bertemu aku untuk kali yang terakhir?

Kalaulah suatu hari nanti aku dah tiada di dalam dunia ini, adakah korang akan menyesal kerana tak dapat jumpa aku sebelum ni? Adakah korang akan menangis? Adakah korang akan membaca Yassin untukku? Adakah korang akan menangis melihat jasadku di hadapan korang? Adakah korang akan sentiasa melawati kuburku ketika itu? Adakah korang akan mengingati diriku? Adakah korang akan teringat kenangan kita, suka duka bersama?

Aku taknak mintak banyak, aku cuma nak korang hargai aku selagi aku masih hidup, aku tak pasti samada esok aku masih hidup lagi ke tak, takdir Allah s.w.t yang tentukan :')

Aku taknak korang tipu aku, aku pun manusia yang mempunyai perasaan jugak, janganlah mainkan perasaan aku sebegitu sahaja. Yeaa, aku memang gelak bila kena tipu, tapi korang tahu ke malam tu aku cuma dapat menangis dan menangis? Tak kan?

So aku cuma mintak tu je. Kalau esok aku dah tak ada lagi dah dalam dunia ni, tolong ingatkan semua insan yang pernah kenali aku, yang aku sayang sangat kat korang, walaupun aku dah meninggal dunia nanti, jasad aku akan sentiasa bersama korang. Doakan aku untuk berubah menjadi yang terbaik, sebelum aku mati :')

K amenda aku merepek ni. Tulah, korang bagi aku tension memalam buta cenggini, mahu tak berjiwang-jiwangan aku sengsorang :')



Dah baca? Nah choki-choki :p




Older Post . Newer Post